Monday, 11 September 2017

UPSR 2017

Minggu Debaran - UPSR 2017





MInggu debaran buat ibubapa dan murid. Kak Maz belum merasainya dan In Shaa Allah tahun 2018.
Semoga anak-anak yang menduduki UPSR minggu ni diberikan ALlah kesihatan yang baik dan minda yang cergas. Dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan memahami soalan dengan baik.

Bila berjaya dan cemerlang, alhamdulillah tetapi ia permulaan yang baik untuk ke tahap yang lebih mencabar.

Bila gagal, alhamdulillah. Jadikan ia pemangkin semangat untuk berusaha lebih baik untuk akan datang.

Ibubapa jangan kecewa. Jangan dimarahi anak melampau-lampau, tetapi berikan mereka sokongan. Mana tahu suatu hari, kejayaan merangkul segulung ijazah milik mereka.

Betul tak?

Kekadang kita ni menyanjung kejayaan seseorang sehingga menyingkir mereka yang gagal. Kita menaruh harapan pada anak yang berjaya ini kononnya bakal membantu kita dimasa mendatang.

Jika benar terjadi, alhamdulillah. Tetapi jika sebaliknya? Masya Allah, jangan saham neraka mereka miliki.

Sebagai ibubapa, kita pendorong mereka. Manusia ini Allah jadikan pelbagai kemahiran, kepintaran dan kebaikkannya.

Maaflah terlebih bicara, ini pengalaman dari kehidupan sekeliling kita. Moga kita sentiasa beringat-ingat.

Selamat Menduduki UPSR 2017. Moga kejayaan milik kalian.
Bagi yang bakal mendudukinya tahun 2018, jom kita daftar tuisyen online bersama i-Learn Ace.

Hanya rm360 untuk setahun.
Skema soalan dan pembelajaran mengikut Kementerian Pelajaran.
Tiada keraguan lagi cuma tinggal Keperluan untuk anak-anak Cemerlang. In Shaa Allah.


Maziana Zainal
Tuisyen Online i-Learn Ace
0163961956

No comments:

Post a Comment