Monday, 14 August 2017

Tak Mampu Hantar Ke Pusat Tuisyen

Tak Mampu Hantar Ke Pusat Tuisyen

Kegusaran setiap ibubapa tatkala mahukan anak-anak cemerlang akademik tetapi bila dihitung ekonomi bulanan, segalanya terbantut. Mulalah kekesalan menerpa jiwa. Mengeluh sana sini. Dan ada mula menyalahkan pihak tertentu.

Bukan mereka, malah saya sendiri.
Dikurniakan anak seramai 3 orang, alhamdulillah. Mengimpikan kejayaan milik mereka. Tetapi sedar akan kemampuan mereka, saya terpaksa akur.

Bebanan matapelajaran yang banyak, mana mampu mereka mencapai semuanya A tanpa tambahan pembelajaran. 

Anak-anak pernah bertanya, " Ibu, tuisyen tu apa? Kawan-kawan cakap mereka pergi tuisyen. Kami nak tuisyen juga, boleh?"

Ya Allah, zalimnya saya tak membenarkan mereka bertuisyen. Mungkin mereka ingin belajar bersama rakan-rakan. Saya pernah laluinya dulu dan saya faham keinginan mereka. Tapi anak-anak ibu, tuisyen sekarang sangat mahal. Hanya ayah sahaja bekerja dan ayah juga mengalami sakit buah pinggang. Bulanannya untuk 3 orang, memang tak mampu.

Alhamdulillah, anak-anak sangat memahami.
"Takpe ibu, ibu je ajar kami."

Teknik pembelajaran sekarang ternyata berbeza dari kita dulu. Mengambil pengalaman sewaktu menjadi pensyarah gantian di salah sebuah kolej, aku praktikkan. 

Sebelum mengajar mereka, saya kena mendalami semua teknik pembelajaran itu mengikut setiap matapelajaran. Ya, memang sukar mengajar anak sendiri. Anak sendiri kot? Sukar ke?

Iya, kerana anak sendirilah ianya sukar. 
Bak kata suami saya, seorang tukang gunting rambut mampu mengunting rambut orang lain tetapi tidak rambutnya sendiri. 

Faham ke?
Anak dengan ibu, sebab dia anak dan sebab kita ibu. Perbezaan itu sukar dipisahkan, maka ruang menjadi guru dan murid itu kurang berjaya.

i-Learn Ace Sangat Membantu


Diperkenalkan oleh Cikgu Blog, Puan Masayu Ahmad tentang Tuisyen Online- i-Learn Ace (ILA).

Wow! Sungguh menarik. 
Saya diberikan tempoh 7 hari untuk melayari secara percuma. Satu per satu saya klik. 

  • Nota yang menarik dan ringkas.
  • Soalan yang disediakan disertakan dengan tempoh masa. Permahkahan juga secara automatik.
  • Permainan yang mampu menajamkan minda.
  • Mereka boleh merekabentuk peta minda secara bebas.
  • Berkenalan dengan pelajar sekolah lain.
  • Skor permahkahan juga dipaparkan. Mampu mendorong semangat bersaing yang sihat dan berkualiti.
  • Disediakan guru maya.

Terus Melanggan Akaun Guru

Kerana keterujaan, saya melanggan Akaun Guru. Mana tahu akan datang boleh sertai guru maya untuk ILA ini. Aamiin.

Saya daftar untuk UPSR kerana anak saya sekolah rendah. ILA memberikan kelengkapan pembelajaran dari darjah 4 sehingga darjah 6. Sedangkan anak saya darjah 5 dan 2.

Saya terokai semua fungsi ILA ini, senang untuk saya menerangkan pada anak-anak.
Akaun Guru? 
Ya, senang untuk kesemua anak-anak saya menerajuinya. Tetapi seeloknya setiap anak ada satu akaun murid supaya rekod mereka secara individu.

Kerana ia langkah percubaan untuk saya dan anak-anak, maka akaun ini saya langgan.

Saya juga memuatturun aplikasi ILA untuk belajar secara offline. Jadi, saya tak perlu risau jika internet tiada.


Anak-anak teruja

Dengan hanya sekali tunjuk dan ajar mereka tentang sistem ILA, mereka menjadi sangat teruja. 

Saya nasihati mereka untuk membaca nota-nota dahulu dan kemudian menjawab soalan. 
Wah! Memang mereka seronok. Apatah lagi bila menjawab soalan, mendapat markah terus dan markah pula tinggi. Siap menjerit keseronokkan.

Si adik yang baru darjah 2 mulai cemburu. "Kenapa tiada darjah 2 untuk saya?" dengan nada marahnya.
"Sabarlah, adik darjah 4 nanti boleh guna." 
"Taknak, saya nak juga."
"Ok boleh, adik mulakan dengan darjah 4 tau. Baca dulu nota tu dan jawab soalan. Faham?"

"Ibu, tengok markah saya."
"Wow! Siapa bantu ni?"
"Ibu ni. Saya jawab sendirilah."

Bayangkan, dia baru darjah 2. Berjaya skor markah 80%-98%.
Nampak tak?
Apa yang anda nampak?

Ternyata dia senang memahami nota-nota di dalam ILA ini. 
Ternyata nota ILA sangat bagus.

Siabang?
Si abangnya juga mendapat permahkahan yang sama dalam lingkungan itu. Jika markah rendah, mereka akan klik untuk menjawab soalan sehingga mendapat markah yang mereka inginkan.

Kerana keterujaan mereka itulah, telefon saya sering hilang dari meja kerja. Tapi tak apa, asalkan ianya berbaloi.

Mereka sering tertangguh ke sekolah dek kerana sakit. Akademik mula menurun. Mujur ada ILA, in shaa Allah membantu mereka tatkala rehat sakit di rumah.

Balik kampung.

Bertemu dan bermain bersama sepupu sepapat memang seronok. Tetapi ada masa sampai buntu nak main apa.

"Ibu, pinjam TAB. Kami nak belajar."
Wah, seronok mereka belajar bersama. Siap berbincang bagaimana pelajar Universiti.

Tiba-tiba datang mak saudara mereka.
" Apa ni main TAB, bak sini. Kan dah cakap jangan main games."
" Acu, tu bukan games tapi untuk belajar. Kami tengah jawab soalan darjah 5."
"Ha?" Sambil melihat kembali TAB itu.
"Oo, baguslah. Nah ambil balik."

Apa pendapat anda?
Berbaloi tak?
Bagus tak?

Jom sertai kami. Tak rugi pun. Walaupun tempoh 360 hari itu melangkaui darjah anak-anak, sistem juga seiring dengan peningkatan itu.

Contoh:
Saya melanggan 1 Jun 2017 dan pada 31 Dec 2017, jumlah langgan saya hanya 214 hari.
Sedangkan langgan saya sepatutnya 360 hari.
Baki hari yang ada 146 hari. 

ILA akan bayar balik ke?
TIDAK akan bayar balik. Ha?
Jangan bimbang, baki hari itu akan dibawa ke tahun seterusnya.

Macam mana kalau masa saya langgan tu, anak darjah 6. Saya langgan untuk UPSR.
Ya, sistem ILA akan naik bersama anak anda. 
Maksudnya?
Akaun murid anak tadi akan naiktaraf. Baki yang tinggal tadi, akan secara automatik menyediakan nota serta soalan untuk tingkatan 1.

Wow! Bagusnya.
Memang berbaloi sangat macam ni. Saya nak daftarlah.

Nak daftar?
Boleh. Hubungi saya.




Maziana Zainal 
Tuisyen Online i-Learn Ace
0163961956




2 comments: