Saturday, 26 August 2017

Riadah

Sepetang Bersama Beriadah
Teks & Foto : Maziana Zainal

Memang cukup malas nak bersenam waimah jalan-jalan dipadang, penat dan renyah.
Itulah alasan yang sering kita katakan.

Tak cukup itu, dek kerana kes penculikkan yang diberitakan juga menjadi faktor kita mengongkong anak-anak keluar bermain diluar.

Asbab itu, anak-anak memberontak. Mulalah tahap kesihatan juga merundum kerana hormon badan tak diaktifkan.
Salah siapa?

Pengalaman Kak Maz sendiri, ini berlaku dalam kehidupan kami. Setelah disarankan oleh doktor, Kak Maz harus berubah.

Kata doktor, badan perlu berpeluh dan aktif agar hormon badan aktif berfungsi. Ramai yang tidak tahu akan tentang hormon. Waimah pakar perubatan jug tidak semua tahu kecuali yang benar-benar mengkajinya.

Tak mahu salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri dan berubah. Pemakanan juga diambilkira, ia sangat penting.


Rianya anak-anak beriadah. 




video


Seronok kan mereka bermain?
Awalnya Kak Maz fikir bila kita mereka bermain, mesti mereka penat dan malas belajar. Ternyata fikiran Kak Maz meleset.

Hari ni, dengan sendirinya mereka menyiapkan kertas sekolah tanpa dipaksa dan tanpa dibantu.
Jawapan mereka, " Tak mahu tangguhkan lagi, nanti lupa."

Anda rasa? Berbaloi tak beriadah setiap petang?
Ini antara kita merangsang mereka belajar. Badan cergas, hormon aktif dan in shaa Allah minda dan kesihatan juga bertambah berkualiti.

Alang-alang mereka beriadah, kita sertailah bersama. Penat, rehatlah sambil menulis blog. Ok tak?

Selamat Bercuti. Jumpa lagi.


Maziana Zainal
Tuisyen Online i-Learn Ace
0163961956

No comments:

Post a Comment