Friday, 11 August 2017

Rangsang Anak Seronok Belajar

Rangsang Anak Seronok Belajar

Anak-anak anugerah Allah yang terindah. Bersyukurlah kita yang dikurniakan zuriat pengikat dua hati suami dan isteri.

Setiap yang indah, pasti ada cabaran dan ujian dariNYA. Cabaran ibubapa sekarang tak sama dengan zaman ibubapa kita dulu. Betul tak?

Seiring peredaran masa dan teknologi, segalanya serba canggih. Contoh paling ketara, telefon bimbit. Dulu telefon bimbit hanya guna untuk menghubungi seseorang tetapi sekarang? Macam-macam fungsinya.

Anak-anak dulu cukup payah dipengaruhi kerana mereka tahu kepayahan ibubapa mereka. Mereka yang kaya sahaja yang mampu milikinya. Jadi, tak ramai menggunakannya.

Tetapi hari ini, kiri kanan masyarakat semuanya menggunakannya. Dan ia seolah-olah satu keperluan.

Zaman kanak-kanak, kita banyak bermain dengan kawan-kawan. Bermain congkak, badminton, berbasikal dan macam-macam lagi.

Sekarang?
Ditangan anak-anak hanya gadget. Betullah, zaman ini kes culik banyak kan. Tetapi harus ke seawal usia bayi kita dedahkannya? Kes ni, saya tak nak sentuh, mereka punya alasan tersendiri.

Pembelajaran hari ini semuanya berhubung rapat dengan IT. Berbeza kit dulu, nak cari rujukkan dengan pelbagai buku rujukkan. Sehingga rak buku pun tak muat nak susun. Pelbagai terbitan kan? Antaranya Sasbadi, Pelangi dan lain-lain lagi.

Bagaimana Mahu Merangsang Minat Belajar Anak

Kalau gadget mendapat tempat di mata dan hati anak-anak, jadi dengan gadget juga kita cuba merangsang minda dan minat mereka.

Bagaimana?
Belajar dengan menggunakan gadget.
Ada ke?
Bagus ke?
Berkesan ke?

Banyak betul soalan mak-mak ni kan.
Boleh! Mak-mak tak perlu risau, cuma perlu buat kajian sikit. Kita berikan mereka gadget untuk mereka gunakan sebagai kaedah pembelajaran.

Gadget untuk belajar?
Pernah tak anda lihat gelagat mereka bermain?
Anak-anak sekarang mudah terangsang dengan ibubapanya, kawan-kawan serta televisyen. Mereka boleh menduplikasikan aksi-aksi itu dalam permainan mereka.

Contoh:
Mereka berlakon seperti seorang orang dewasa yang sedang menggunakan telefon pintar. Kadang-kadang menggunakan laptop, menaip dan berlagak seperti kita.
Kadar menaip yang laju walaupun entah apa yang ditaipnya.

Pernah tak anak-anak bertanya, " Ibu, macam mana menaip laju? Macam mana ibu buat itu dan ini?".
Pernah kan?

Sedar tak, kita sebenarnya telah merangsang mereka untuk belajar sesuatu. Dibantu dengan subjek di sekolah yang mengajar cara menggunakan komputer, ia sangat membantu.

Apapun gadget yang kita berikan, perlu ada pemantauan juga. Takut mereka tersalah melayarinya.


Wah, Seronoknya Belajar Dengan Menggunakan Gadget

Jom kita gunakan gadget untuk belajar. Anak-anak pasti suka. Iya, ia menyeronokkan.
Boleh membaca.
Boleh menjawab soalan.
Boleh berkenalan dengan kawan-kawan dari sekolah lain.
Boleh bermain.
Boleh bersaing untuk skor markah tertinggi.

Biar betul?
Iya, bukan cubaan tetapi betul.
Kita pun boleh pantau mereka punya keputusan dan segala aktiviti. Kita pun seronok tau.

Waktu untuk belajar juga fleksibel. Bila-bila masa pun boleh belajar. Secara online ataupun tanpa internet.

https://www.youtube.com/watch?v=GOlB5wZoqe8#action=share

Bila bercuti, tak perlu lagi mendesak anak-anak membawa buku yang banyak tetapi hanya gadget mereka sahaja.

Nampak tak?
Mudah dan fleksibel.

Boleh tahu aplikasi apa tu?
Oo, inilah i-Learn Ace, Tuisyen Online. Ia bekerjasama dengan Sasbadi Sdb Bhd.
Sistem pembelajarannya mengikut sistem Kementerian Pelajaran.

Tak perlu ragu-ragu lagi.
In Shaa Allah, hasilnya nanti berbaloi.


Maziana Zainal
Tuisyen Online i-Learn Ace
0163961956

No comments:

Post a Comment