Sunday, 27 August 2017

Minda Cergas, Ingatan Kuat

Bagaimana Membina Minda Cergas dan Ingatan Yang Kuat Mengikut Islam
Teks : Maziana Zainal
Sumber : Youtube



Apakah kecerdasan minda? 
Pada usia lima hingga enam tahun mereka sedang meniti usia pra sekolah. 
Lazimnya ketika ini, sebahagian besar daripada otaknya sudah diterokai. 
Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. 

Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. 

Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya untuk mempelajari sesuatu yang baru.




Tips untuk mencerdaskan minda - kaedah Islam

TAAT KEPADA ALLAH

Orag yang cerdas mindanya mudah mengakui kekuasaan Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini.Sebagai makhluk,maka sudah tentunya menjadi tanggungjawab kita untuk berbakti kepada pencipta seperti seorang hanba berbakti kepada tuannya.Orang yang ingkar dari berbakti kepada Allah membohongi dirinya sendiri.Taraf mereka samalah seperti orang dungu yang tidak mampu memanipulasikan mindanya untuk memberi
sebab kenapa dia perlu berbakti kepada Allah s.w.t.


TAAT,HORMAT DAN KASIH IBU BAPA

Ibu bapa adalah dua orang insan yang telah memungkinkan kita dapat melihat matahari dan bulan.Betapa perlunya kita membalas pergorbanan hidup mati mereka itu dengan berbakti kepada mereka sekarang.


BERSAHABAT,KASIH DAN TAAT GURU

Guru adalah ibu bapa kedua bagi kita.
Mereka telah mendidik dan mengasuh kita untuk mengenal kehidupan diatas bumi ini.
Guru telah membangunkan minda kita hingga kita menjadi orang yang berjaya dan cemerlang.Guru dalam erta kata yang lain ialah sesiapa sahaja yang telah mengajar kita.


BERKAWAN DENGAN YANG POSITIF SAHAJA

Rasulullah saw bersabda:

"Berkawan dengan orang pintar seperti berdiri disisi penjual minyak wangi.Kalau tak dapat minyaknya,paling kurang dapat baunya.bergaul dengan orang jahil seperti berdiri disisi orang tukang besi.Kalau tak kena baranya,paling kurang kena asapnya"

Sabda Rasulullah saw lagi:

"Janganlah kamu bertemankan kecuali dengan orang mukmin dan janganlah kamu makan kecuali makan dengan orang yang bertaqwa"


SEMANGAT MENOLONG ORANG LAIN

Sikap suka menolong orang lain datang dari hati yang ikhlas.Keputusan hati ditimbang oleh minda.
Orang yang tajam akalnya menolong orang lain tanpa mempertimbangkan banyak perkara.
Dia sentiasa berfikir bahawa:
  • orang itu memerlukan pertolongan
  • saya tak rugi apa-apa menolongnya
  • saya orang pertama yang menolongnya

BERFIKIRAN POSITIF

Berfikiran positif boleh mencerdaskan minda kerana minda akan bekerja untuk mencapai apa yang dicita-citakan.Berfikiran negetif boleh menumpulkan minda kerana mudah menyerah kalah dan tidak perlu bekerja keras.


FOKUS DAN TUMPU PERHATIAN

Apabila kita memfokuskan dan menumpu perhatian di dalam setipa pekerjaan dan pelajaran,minda kita akan tajam kerana tumpuan kita lebih terarah.

Logiknya seperti didalam ilmu fizik:Imej bagi setiap objek yang terfokus dengan baik akan menjadi lebih tajam

TEKUN DAN BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH

Usaha yang tekun dan dilakukan dengan bersunggun-sunggun melatih minda untuk mendisiplinkan diri supaya boleh mengatur sesuatu pekerjaan mengikut langkah demi langkah hingga selesai


SENTIASA NOMBOR SATU

Orang yang sentiasa kedepan untuk menjadi ketua berupaya menerima arahan dengan tangkas dan bertindak cepat.Hanya orang yang cerdas akalnya sahaja mampu untuk bertindak demikian.

Sasaran hanya satu:Menjadi Orang nombor satu


CEKAP DAN TANGKAS

Pekerjaan yang dilakukan dengan cekap dan tangkas memerlukan latihan yang berterusan.Kecekapan bergantung kepada kecerdasan akal.Jika tidak orang itu akan kekal ditahap lama walaupun saban hari mengulang kerja atau perbuatan yang sama seperti bekerja seperti 'line' di kilang.


SANGGUP MENGHADAPI CABARAN DAN KESUSAHAN

Hanya orang yang cerdas akalnya sahaja yang sanggup untuk berhadapan dengan cabaran dan kesusahan.Orang yang lembab cepat menyerah kalah.Cabaran disangkakan kemustahilan dan kesusahan disangkakan penderitaan.


MELAWAN SIKAP MAZMUMAH

Hati kecil manusia sentiasa menyuruh kearah kebaikan.Hanya keegoan dan hasutan syaitan yang menyebabkan manusia tidak berbuat kebaikan.
Orang yang tajam akalnya dapat melawan sifat-sifat mazmumah kerana dia boleh berdialog dengan dirinya sendiri untuk meninggalkan sifat mazmumah itu.


MENGHAYATI SIFAT MAHMUDAH

Seseorang insan tidak memerlukan mindanya bekerja terlalu keras untuk menerima kebaikan kerana kebaikan itu sifat semulajadi akal .

Allah s.w.t. menjadikan akal untuk menerima kebaikan.Sebab itu orang yang cerdas akal mudah menghayati sifat mahmudah (terpuji).

No comments:

Post a Comment