Wednesday, 23 August 2017

Alat Tulis

Kuasa Alat Tulis

Foto: Google




Kenapa entri kali ini tajuk saya " Kuasa Alat Tulis"?
Percaya tak atau sedar tak kita, pemilihan alat tulis sangat membantu minat untuk kita belajar. 

Cuba ingat zaman kita bersekolah dulu.
Dari pensil batang kayu sehinggalah pensil tekan (mekanikal), macam-macam warna dan jenama.

Paling terkenal sewaktu itu, jenama Pilot dan Papermate. Dan sehingga sekarang, ia masih lagi terkenal.

Imbas kembali saat anda ingin membeli alatan tulis anak-anak untuk memulakan persekolahan. 
Bagaimana reaksi mereka melihat rak-rak alatan tulis? 
Kita ambil yang ini, dia ambil yang itu. Bila ditanya kenapa, jawab mereka:
  • Ini lagi best
  • Ini lagi power
  • Ini banyak pilihan warna
  • Ini lagi cantik
  • Ini jenis pilot ibu, best menulis

Wah! Ibu tak ajar pun tentang semua itu. Ini adalah pengaruhi iklan dan kawan-kawan.

Bila kita memilih apa yang mereka pilih, semangat untuk mereka belajar juga terangsang kerana hati mereka seronok. Apatah lagi bila kawan-kawan juga terpesona dengan alatan mereka. 
Mainan minda kan?

Itu pensil dan belum lagi warna. Bila bahagian warna ni, kadang-kadang boleh buat kita pening.
Warna panjang, pendek, krayon dan warna air.
Kuantiti 12, 24, 36 dan 48. 
Wah! Zaman kita dulu hanya Luna dan 12 batang sahaja.

Tersalah beli warna, memang akan mengecewakan anak. Kadang luaran cantik tetapi bila mewarna, ia tidak seperti yang diharapkan. Kepekatan dan ketepatan warna sangat penting dalam seni.

Kuasa alat tulis bukan sekadar untuk anak-anak tetapi juga kita, betul tak?
Jadi mengapa perlu hampakan anak-anak?
Anda sendiri pun akan kecewa.

Jadi benarlah jika saya katakan " Kuasa Alat Tulis" sangat berpengaruh untuk seseorang itu belajar atau bekerja.

Dengan kuasa itu, kita boleh lihat anak-anak rajin belajar. Dan paling seronok kita lihat, bila mereka menceritakan tentang kehebatan alat tulis mereka pada kawan-kawan. 

Walhal, ianya sama sahaja cuma yang beza adalah jenamanya.
Minda ini sangat unik, betul tak?

Mahu merangsang anak rajin belajar, biarlah mereka memilih sendiri alat tulis. Tetapi jangan sampai membazir. Ajari mereka menjaga alatan mereka dengan baik.

Tidak dinafikan seawal persekolahan ini, alatan mereka sering hilang dan kena curi. Itu normal. Apa nak dibuat?
Terima sahaja dan beli lagi, asalkan mereka mahu belajar. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment